Author: rizal
-
Susahnya Seorang ADHD Dewasa Menguruskan Ibadat
Kita mungkin malu untuk memperkatakan akan hal ini kerana kita mahu menjadi Muslim yang baik. Tetapi sebagai ADHD dewasa, banyak aspek ibadah kita yang rumit untuk diurus. Hakikatnya, ia bukan sahaja sukar untuk golongan neurodivergent seperti kita, malah juga untuk masyarakat ramai yang neurotipikal. Nabi Muhammad ﷺ sendiri selalu berdoa kepada Allah: اللّهُـمَّ أَعِـنِّي عَلـى…
-
Co-Rumination: Sokong Menyokong Jangan Pula Saling Memurungkan
Seseorang boleh melampau pada premis agama semasa menanggap ADHD. Seseorang juga boleh melampau pada premis sains hingga mengenepikan peranan agama dalam regulasi ADHD. Seorang ADHD masih seorang mukallaf yang berjalan pada lisan dan perbuatannya, betul dan salah, dosa dan pahala. Rukun iman yang dihayati melapangkan kehidupan untuk memegang hikmah daripada Allah atas ujian-ujian yang berlaku.…
-
Mulut dan Tangan Buat Jahat, Kenapa Ubun-ubun Yang Bersalah?
Apabila Firaun umat ini, si Abu Jahal, berbuat jahat menghalang Nabi Muhammad ﷺ bersolat dan cuba memukul baginda, Allah memberi amaran untuk merentap ubun-ubun penjahat itu. Malah ubun-ubun itu berdusta. Ubun-ubun itu bersalah. Kenapa ubun-ubun? Firman Allah SWT: كَلَّا لَئِن لَّمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعًۢا بِٱلنَّاصِيَةِ نَاصِيَةٍۢ كَـٰذِبَةٍ خَاطِئَةٍۢ Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia…
-
Beraya Dengan Mengutamakan Kesihatan Mental dan Emosi (Stress Free Eid)
Assalamualaikum sahabat semua. Eid Mubarak. Mari kita utamakan apa yang utama agar sumber tekanan dan kegelisahan dapat kita singkir daripada mengganggu kehidupan. Tak sempat masak, tak sempat gantung langsir, malah tak sempat solat raya, atau terlupa bayar zakat sekali pun, kita move on. Teringat saya, seorang wanita mengadu kepada Nabi ﷺ tentang sawannya yang menjadikan…
-
Gangguan Mental Maknanya Iman Lemah?
Walaupun perbincangan mengenai kesihatan mental semakin baik kebelakangan ini, reaksi daripada kita umat Islam masih tidak begitu menggalakkan. Sebahagian menganggap ia sebagai simptom kelemahan iman. Manakala sebahagian lain pula menafikan peranan intervensi sama ada dalam bentuk terapi mahu pun perubatan. Isu kesihatan mental dianggap sesetengah sebagai rekaan ‘Barat’. Islam telah menyediakan dasar yang amat kukuh…
-
ADHD dan Kesihatan Mental di Belakang Salah Laku Jenayah
Saya juga sama seperti kebanyakan anda, mengenal Yasin Sulaiman sebagai artis nasyid tanahair. Lama, semenjak di bangku sekolah lagi. Cuma saya berpeluang sekali bersemuka dengan beliau pada tahun 1992 di SMKA Kedah. Yasin mewakili negeri Selangor di dalam acara Hafazan al-Quran dan saya pula mewakili negeri Perak di dalam Syarahan Agama. Itu kisah lama. Apabila…
-
Botol Hydracy Untuk ADHD Dewasa
Botol Hydracy ini lut cahaya untuk saya nampak air di dalamnya. Ia juga mempunyai penanda masa dan kuantiti untuk bantu kita sedar berapa banyak yang sudah diminum dan berapa banyak yang berbaki. Bersesuaian untuk orang macam saya yang kena ‘offload‘ working memory ke luar agar ia visual dan boleh membantu. Terima kasih Cogniversity MY untuk…
-
Cabaran Ramadan dan Strategi ADHD Dewasa
Di bulan Ramadan, sahabat-sahabat yang mempunyai ADHD mungkin berdepan dengan cabaran unik berkaitan dengan impairment masing-masing. Saya juga menghadapinya. Di dalam video ini saya kongsikan beberapa isu yang perlu saya cari jalan bagaimana cabaran itu boleh diatasi. Antaranya: 1. Mengambil stimulant pada jam yang tidak ideal. Saya mengambilnya sejurus sebelum masuk waktu subuh di Ireland,…
-
13 Strategi Keibubapaan Untuk Anak ADHD di Bulan Ramadan
Seorang rakan menghubungi saya baru-baru ini meminta pandangan bagaimana untuk beliau menguruskan anaknya, seorang ADHD, untuk berpuasa di bulan Ramadan. Anaknya awal-awal lagi sudah menyatakan keengganannya berpuasa di bulan Ramadan. Pada usia kanak-kanak, sebelum aqil baligh, Allah belum menjadikan ibadah puasa itu wajib ke atas si anak. Justeru, puasa di peringkat ini hendaklah dikomunikasikan dalam…
-
Gangguan Regulasi Emosi (Emotional Dysregulation)
Emotional dysregulation atau gangguan regulasi emosi adalah cabaran besar yang dihadapi oleh ramai ADHD dewasa. Seorang yang mengalaminya merasai emosi-emosi biasa orang lain (sedih, marah, gembira dan sebagainya), tetapi mereka sukar mengendalinya dengan baik. Apabila marah, mudah menjadi sangat marah dan sukar meredakan kemarahan itu. Ia bukan ‘mainan perasaan’. Sebaliknya sains moden membantu kita memahami…
-
Makan Tumpah Jalan Tergolek: Postural Sway dan ADHD Dewasa
Di dalam vlog kali ini saya kongsikan pengalaman hidup yang berlaku semenjak kecil apabila saya sering menjatuhkan makanan dan minuman ke baju. Kemalangan-kemalangan kecil juga sering menghantui diri hingga saya menganggap diri saya kalut (clumsy) dan tidak matang kerana cenderung kepada kemalangan (accident-prone). Namun, dek saya bukan seorang yang hiperaktif, kekalutan dan masalah-masalah ini terselindung…
-
Menghargai Kejadian Otak dan Fungsi Akal
Semenjak sekian lama saya sentiasa teruja dengan kehebatan otak dan fungsi akal. Oleh kerana saya bukan daripada bidang sains, bidang agamalah medan saya meneroka keterujaan ini. Suka dengan pembelajaran yang membabitkan diskusi, debat, bertukar pendapat, kerana saya dapat rasa yang otak saya bekerja semasa belajar sebegini. Pembelajaran secara hafalan dan pengulangan (rote learning) agak berat…