
🇲🇾 Pengenalan Diri
Hasrizal memegang ijazah Sarjana Muda Syariah dan Pengajian Islam dari Universiti Mu’tah, Jordan (2001). Menerima latihan akademik dan industri di dalam bidang Pembelajaran, Pendidikan dan Teknologi (Learning, Education and Technology) di Oulu, Finland, beliau merupakan Pengarah Pendidikan Yayasan Pendidikan Khalifah yang mengoperasikan Khalifah Model School (Primary) dan Khalifah Model School (Secondary) di Malaysia. Seorang pendidik yang menetap di Naas, County Kildare di Republic of Ireland, Hasrizal juga adalah seorang perekabentuk pembelajaran, blogger dan penulis yang memperjuangkan polisi domestik dan pendidikan berpaksikan kanak-kanak. Hasrizal juga seorang ADHD dewasa dan mengusahakan advokasi isu neurodiversiti kepada masyarakat, khususnya warga pendidik.
🇬🇧 About Me
Hasrizal holds a Bachelor of Sharia (Honours) from Mu’tah University, Jordan (2001). Trained in learning, education and technology in Oulu, Finland, he is the Director of Education at Khalifah Education Foundation which operates Khalifah Model Schools in Malaysia. An educator based in Naas, County Kildare, Ireland, Hasrizal is also a prolific author and an advocate of children-centred domestic and educational policies. Hasrizal advocates evidence-based awareness about ADHD in adults and minors along with all other neurodiversity for educators.