Beraya Dengan Mengutamakan Kesihatan Mental dan Emosi (Stress Free Eid)

Assalamualaikum sahabat semua.

Eid Mubarak.

Mari kita utamakan apa yang utama agar sumber tekanan dan kegelisahan dapat kita singkir daripada mengganggu kehidupan.

Tak sempat masak, tak sempat gantung langsir, malah tak sempat solat raya, atau terlupa bayar zakat sekali pun, kita move on.

Teringat saya, seorang wanita mengadu kepada Nabi ﷺ tentang sawannya yang menjadikan beliau tidak dapat mengawal diri hingga tertanggal pakaian. Beliau meminta bantuan baginda.

Rasulullah ﷺ kata, jika baginda berdoa untuknya, Allah akan sembuhkan dia. Jika dia bersabar, dengan sabar itu dia masuk Syurga. Lihat bagaimana Nabi kita Nabi Muhammad ﷺ menyantuni pesakit mental dengan penuh kasih sayang.

حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ الْقَوَارِيرِيُّ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، وَبِشْرُ بْنُ الْمُفَضَّلِ، قَالاَ حَدَّثَنَا عِمْرَانُ أَبُو بَكْرٍ، حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ، قَالَ قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ أَلاَ أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ قُلْتُ بَلَى ‏.‏ قَالَ هَذِهِ الْمَرْأَةُ السَّوْدَاءُ أَتَتِ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَتْ إِنِّي أُصْرَعُ وَإِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي ‏.‏ قَالَ ‏”‏ إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ ‏.‏ قَالَتْ أَصْبِرُ ‏.‏ قَالَتْ فَإِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ أَنْ لاَ أَتَكَشَّفَ ‏.‏ فَدَعَا لَهَا ‏.‏

Ata’ b. Abi Rabah berkata, Ibn Abbas r.a. telah menceritakan kepadanya, mahukah kamu aku tunjukkan seorang wanita Ahli Syurga? Lantas aku berkata: sudah tentu. Beliau bercerita: ini adalah seorang wanita berkulit hitam, beliau telah menemui Rasulullah ﷺ lalu berkata: sesungguhnya aku telah ditimpa dengan penyakit yang aku sukar mengawal perbuatanku hingga menyebabkan aku bertelanjang! Berdoalah kepada Allah untukku. Baginda ﷺ menjawab: jika engkau bersabar, bagimu Syurga. Namun jika engkau mahu, aku berdoa kepada Allah untuk menyembuhkanmu. Wanita itu menjawab: aku bersedia untuk bersabar. Tetapi yang menjadi bebanan ke atas diriku ialah ia menjadikan aku bertelanjang. Oleh itu, berdoalah kepada Allah agar Dia melindungiku daripada bertelanjang. Lalu baginda ﷺ berdoa untuknya.

Sahih Muslim 2576 https://sunnah.com/muslim:2576

Tidak berbaloi kita stress dengan perkara-perkara yang kita boleh ketepikan. Jom kita sokong menyokong.

Rizal
2 Mei 2022


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *