Makan Tumpah Jalan Tergolek: Postural Sway dan ADHD Dewasa

Di dalam vlog kali ini saya kongsikan pengalaman hidup yang berlaku semenjak kecil apabila saya sering menjatuhkan makanan dan minuman ke baju.

Kemalangan-kemalangan kecil juga sering menghantui diri hingga saya menganggap diri saya kalut (clumsy) dan tidak matang kerana cenderung kepada kemalangan (accident-prone).

Namun, dek saya bukan seorang yang hiperaktif, kekalutan dan masalah-masalah ini terselindung atau berjaya saya sembunyikan.

Semakin dewasa, masalah semakin bertambah.

Apabila hadir ke program ceramah, orang berbual di kiri kanan semasa mengiringi saya masuk ke dewan. Tetapi saya tidak begitu mendengarnya (maaf ya) kerana sibuk mengimbas laluan di hadapan saya untuk mengesan sumber-sumber kemalangan yang akan memalukan diri.

Semenjak di Finland, saya selalu jatuh terlentang.

Ingatkan kerana salji dan kasut yang tidak sesuai.

Selepas memakai kasut terbaik yang ada teknologi Arctic Grip, saya masih terus menerus jatuh terlentang dan tertiarap di tempat yang tiada salji seperti di Helsinki, Amsterdam dan Durham.

Aduhai, apalah masalahnya dengan diriku ini.

Itu belum lagi dikira terkena minyak panas, tangan luka, tikar terselak dan gangguan-gangguan yang saban hari saya alami semasa memasak.

Hanya selepas mengetahui yang saya berhadapan dengan masalah ADHD, saya mula membaca dan bertemu dengan perbincangan mengenai DYSPRAXIA dan POSTURAL SWAY.

Psychiatrist yang melakukan assessment kepada saya menyentuh tentang siri kemalangan yang terkandung di dalam cerita saya kepadanya.

Justeru, jika anda atau ahli keluarga anda seorang yang accident-prone, kalut, selalu terpecah barang, pertimbangkanlah untuk mereka tidak dileter “tak boleh ke, tak boleh ke…” seolah-olah semua itu terjadi semata-mata kerana perangai.

Boleh jadi, ada isu-isu yang organik di dalam otak individu berkenaan yang berada di sebalik keadaan itu.

Tidak semua orang ADHD ada masalah ini dan tidak semua orang yang ada masalah ini mempunyai ADHD.

Hanya psyciatrist terlatih yang pakar sahaja, boleh mengenal pasti simptom-simptom yang benar, mana yang mimic, atau mungkin ada isu lain selain ADHD, dyspraxia atau postural sway berkenaan.

Bacaan baik mengenai topik ini:

1. https://www.healthline.com/health/fitness/postural-sway-adhd#with-adhd

2. https://adhdrollercoaster.org/adhd-news-and-research/research-adhd-balance-and-postural-sway/

3. https://www.additudemag.com/clumsy-child-dyspraxia-coordination-disorder-adhd/

Kredit video kasut Arctic Grip Merriel https://www.youtube.com/watch?v=KPDg4mzC9sc&ab_channel=Webtogs

Semoga perkongsian ini ada serba sedikit manfaatnya.

Rizal
26 Februari 2022


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *