Author: rizal
-
Bolehkah Sembuh Kalau Ada ADHD?
Mendoakan agar individu yang telah pun menerima diagnosis ADHD supaya sembuh dengan memakan ‘ubat’, mungkin tidak begitu tepat dan mengguris hati sesetengah mereka. Sebabnya, individu ADHD tidak akan sembuh daripada ADHD berkenaan. Tiada kesembuhan, kerana ia bukan penyakit dan situasinya bukan sementara. Stimulan yang diambil bukan ubat, stimulan yang diambil adalah bantuan untuk membolehkan fungsi-fungsi…
-
Cabaran Mendapatkan Tidur Yang Baik Tetapi Ada ADHD?
Selepas belajar bidang learning sciences, antara perkara terawal dan segera saya cuba buat dalam keibubapaan ialah mengawal waktu tidur anak-anak. Musuh paling besar kepada usaha ini adalah skrin; telefon, tablet dan komputer. Saya belajar betapa besarnya impak kualiti tidur. Malam waktu berehat bukan semata-mata konsep. Tetapi tubuh badan manusia, gelap malam, cahaya matahari dan kandungannya,…
-
Mudah Marah Maknanya Ada ADHD?
Adakah mudah marah bermaksud seseorang itu ada ADHD? Pertanyaan ini diajukan oleh seorang sahabat kepada Dr Nurul Athira di Tiktok, dan saya diajak berkongsi pandangan sebagai seorang individu ADHD dewasa mengenainya. Saya bukan doktor perubatan, atau neurosaintis, malah bukan datang daripada latar belakang pendidikan di bidang sains. Justeru, pandangan saya ini bukan pandangan pakar. Ia…
-
Moral, Sains & Agama: Kali Pertama Pulang ke Malaysia Bersama ADHD
Mengenang diskusi-diskusi mengenai ADHD semasa pulang ke Malaysia Disember 2022 yang lalu. Tanpa dirancang, salah satu topik yang banyak dibincangkan walaupun pulang dalam tempoh masa yang begitu singkat adalah ADHD. ADHD perlu difahami sainsnya sebaik mungkin melangkaui istilah ADHD itu sendiri. Usul Profesor Russell Barkley agar ADHD dinamakan sebagai EXECUTIVE FUNCTION DEFICIT DISORDER adalah lebih…
-
Malaskah Murid ADHD Itu?
Dalam sesi bersama Prof Dr Harlina Halizah Siraj pagi tadi, timbul pertanyaan mengenai ‘malas’ dan hubungkaitnya antara moral (perangai malas) dan biologi manusia (impairment ADHD misalnya). Saya ambil peluang berkongsi, bagaimana sepanjang perjalanan pengajian saya pasca persekolahan, saya rasa saya tidak malas. Saya membaca ketika orang lain tidur, mengkaji ketika tiada orang rasa kajian saya relevan atau…
-
Meninjau ‘Emotional Self-Regulation’ ADHD Dewasa di Dalam Karya Imam Birgivi
Imam Birgivi (meninggal dunia 1573) menghuraikan tentang peranan proses berfikir (nutq) mengawal emosi marah (ghadb) dan mahu (shahwah) di dalam karyanya al-Tariqah al-Muhammadiyyah. Ia senada dengan apa yang kita faham melalui sains dan pengetahuan moden semasa bahawa frontal lobe pada otak manusia menggerakkan fungsi eksekutif yang salah satunya adalah ‘self talk‘ pada meredakan ledakan emosi…
-
Bukan Semua Masalah Orang ADHD Adalah Kerana ADHD
Bukan semua masalah yang orang ADHD hadapi dalam kehidupan, adalah berpunca daripada ADHD. Testimoni adalah bukti yang lemah. Justeru cerita peribadi, semasa kita saling berempati, perlu disokong dengan usaha membawa perbincangan ke asas ilmunya. Agar kita tidak terjebak mengaitkan sesuatu dengan sesuatu secara tidak benar. Ia bukan sahaja memudaratkan, malah boleh menyebabkan masyarakat memandang rendah…
-
Bahasa Kesat Bukan ADHD
Impulsif itu simptom ADHD. Tetapi mencarut dan berbahasa kesat bukan ADHD. Jangan normalisasikan ia terutamanya di kalangan kita orang dewasa. Jika terlepas dan terlajak kata, usahalah meminta maaf, bukan memberi alasan ADHD untuk menafikan kesakitan yang orang alami akibat perkataan kita. Apatah lagi dengan ibu bapa. ADHD membabitkan kesukaran mengawal dan gangguan regulasi emosi. Tetapi…
-
Hilang Barang: AirPods Pro Bersama AirTag
Kehilangan barang adalah musibah yang tanpa henti mendatangkan kesusahan dan kerugian kepada saya sebagai seorang individu ADHD. Saya yakin anda sangat maklum akan hal ini berkaitan dengan masalah ADHD. Sejujurnya saya tidak sepenuhnya tahu kenapa ia terjadi. Ia menyebabkan saya malu dengan diri sendiri sebelum kehilangan itu disuarakan oleh orang lain di keliling saya. Dumb!…
-
Telephonophobia dan Cabaran ADHD Dewasa
“Angkatlah telefon tu! Ada telefon tak angkat buat apa ada telefon!” Kegeraman kawan-kawan dengan perangai saya tidak menjawab panggilan telefon sudah pun saya catat semenjak tahun 2007. Semasa itu saya menulis sebuah artikel di saifulislam.com dengan tajuk Telephonophobia. Jemput baca di sini https://saifulislam.com/2007/04/telephonophobia-kenapalah-tak-angkat-telefon-artikel-2007/ Saya ketika itu tidaklah begitu cermat menulis mengenai telephonophobia sama ada ia…
-
Perangkap Kehidupan Individu ‘Berfungsi Tinggi’
Balik daripada meeting ADHD Ireland tadi, saya termenung di dalam kereta cuba untuk memahami bagaimana setting kehidupan memerangkap. ADHD tidak difahami dengan betul. Misalnya menganggap ADHD ialah budak lelaki nakal tak boleh duduk diam. Ramai tercicir akibat kefahaman macam itu. Ramai murid cemerlang masuk sekolah asrama. Rutin sekolah asrama menyebabkan masalah fungsi eksekutif individu ADHD…
-
Risiko Sembunyikan Diagnosis ADHD Kerana Isu Biasiswa
Di dalam garis panduan permohonan pinjaman pelajaran world top universities (WTU) MARA (lihat di https://www.mara.gov.my/wp-content/uploads/2021/06/Garis-Panduan-WTU-2021_BM-FINAL.pdf), ada menyebut: “Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsy, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah serta tiada rekod masalah…