Mudah Marah Maknanya Ada ADHD?

Adakah mudah marah bermaksud seseorang itu ada ADHD?

Pertanyaan ini diajukan oleh seorang sahabat kepada Dr Nurul Athira di Tiktok, dan saya diajak berkongsi pandangan sebagai seorang individu ADHD dewasa mengenainya.

Saya bukan doktor perubatan, atau neurosaintis, malah bukan datang daripada latar belakang pendidikan di bidang sains. Justeru, pandangan saya ini bukan pandangan pakar. Ia hanya pandangan seorang individu ADHD yang belajar untuk memahami apa yang berlaku kepada dirinya sendiri.

Saya terbuka kepada pembetulan dan teguran. Cuma tegurlah secara berempati dan sopan, jangan bagi saya jadi hijau ye ๐ŸงŒ.

Di manakah marah itu semasa ia berlaku di dalam diri seseorang?

Ia amat kompleks.

Setakat ini saya cuba membaca kajian-kajian yang sempat dijenguk di dalam beberapa buku yang ada di tangan seperti:

i. International Handbook of Anger: Constituent and Concomitant Biological, Psychological, and Social Processes oleh Michael Potegal, Gerhard Stemmler, dan Charles Spielberger.

ii. Affective Neuroscience in Psychotherapy: A Clinician’s Guide for Working with Emotions oleh Francis L Stevens.

iii. The Moral Psychology of Anger oleh Mvisha Cherry dan Owen Flanagan

Membaca buku-buku ini semasa marah, mengurangkan kemarahan saya, haha. Ia menjadi satu bentuk terapi. ADHD Ireland menyenaraikan biblioterapi sebagai satu kaedah penjagaan diri bagi individu ADHD.

Oh, sudah terbabas.

Jadi, di manakah marah itu di dalam diri kita?

Umumnya, marah itu tertumpu di amygdala yang merupakan sebahagian daripada lymbic system otak kita. Ia memproses rasa takut, cetusan kemarahan dan merangsang kita bertindak.

Manakala individu ADHD, kebanyakan mereka mempunyai gangguan fungsi eksekutif dan ia berada di bahagian lain di otak iaitu pada pre frontal cortex mereka. Pre frontal cortex itu menjalankan fungsi-fungsi eksekutif, termasuk ‘bercakap kepada diri sendiri’ untuk menasihatkan emosi itu tadi agar kita tidak terdorong mengikutnya hingga menimbulkan kesan tidak baik.

Sebelum adanya kefahaman moden mengenai hal ini, apa yang diajukan oleh Nabi Muhammad ๏ทบ mengenai pengurusan marah sudah pun selari dengan dapatan saintifik masa kini mengenai marah.

Semasa kita berpuasa, apabila kita menerima provokasi hingga mencetuskan marah, baginda berpesan agar jangan bertindak mengikut kemarahan tersebut. Sebaliknya, cukuplah dengan berkata, “sesungguhnya aku berpuasa”.

” ุฅุฐุง ุฃุตุจูŽุญูŽ ุฃุญูŽุฏููƒู… ุตุงุฆู…ู‹ุง ูู„ุง ูŠูŽุฑู’ููุซู’ ูˆู„ุง ูŠูŽู€ุฌู’ู‡ูŽู„ู’ุŒ ูุฅู†ู ุงู…ุฑูุคูŒ ุดุงุชูŽู€ู…ูŽู‡ ุฃูˆ ู‚ุงุชูŽู„ูŽู‡ ูู„ู’ูŠูŽู‚ูู„ู’: ุฅู†ูู‘ู€ูŠ ุตุงุฆูู…ูŒ ุฅู†ูู‘ู€ูŠ ุตุงุฆูู…ูŒ “

“Apabila sesiapa di kalangan kamu berpagi-pagian dengan berpuasa, maka janganlah bercakap kotor kelucahan, atau berkelakuan yang bodoh. Seandainya seseorang memaki atau mengajaknya bergaduh, maka katakanlah: sesungguhnya aku berpuasa! sesungguhnya aku berpuasa!” [HR Muslim]

Kata-kata “sesungguhnya aku berpuasa” itu tidak semestinya ungkapan yang kita ajukan kepada orang yang mencabar diri itu. Ia juga adalah kata-kata yang berkesan apabila kita ajukan ia kepada diri kita sendiri secara ‘self talk‘.

Apabila pre frontal cortex individu ADHD mengalami defisit, keupayaan ia menasihatkan jirannya yang sedang berperasaan itu, terjejas. Justeru, apabila seseorang itu mengalami rasa marah yang bersangatan, menjejaskan kualiti hidup, mendatangkan pelbagai masalah dan mengheret kepada kegelisahan yang kronik atau kemurungan, dapatkanlah bantuan pakar untuk melakukan analisis.

Kepakaran mereka diperlukan untuk menentukan apakah punca marah itu, baik punca dalaman mahu pun punca luaran.

Individu ADHD lazim berdepan dengan kesukaran meregulasi emosi marahnya, baik di rumah, di tempat kerja, atau semasa bersosial. Kesukaran itu juga berlarutan semenjak zaman kanak-kanak, sehingga dewasa, sepanjang hayatnya.

Mudah marah tidak semestinya ada ADHD.

Ada ADHD, mudah marah mungkin sebahagian daripada cabaran yang dihadapinya.

Semoga perkongsian sederhana ini bermanfaat untuk kita bersama.

Salam ukhuwwah.

Hasrizal Abdul Jamil
Naas, Ireland

๐Ÿ“Œ Terima kasih kepada rakan-rakan yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.

Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal

Paypal: https://paypal.hasrizal.com

Revolut: https://revolut.me/hasrizal


Posted

in

, ,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *