Meninjau ‘Emotional Self-Regulation’ ADHD Dewasa di Dalam Karya Imam Birgivi

Imam Birgivi (meninggal dunia 1573) menghuraikan tentang peranan proses berfikir (nutq) mengawal emosi marah (ghadb) dan mahu (shahwah) di dalam karyanya al-Tariqah al-Muhammadiyyah.

Ia senada dengan apa yang kita faham melalui sains dan pengetahuan moden semasa bahawa frontal lobe pada otak manusia menggerakkan fungsi eksekutif yang salah satunya adalah ‘self talk‘ pada meredakan ledakan emosi yang terbit dari limbic brain kita.

Individu ADHD mengalami defisit pada keupayaan fungsi eksekutif ini mengawal emosi di limbic brain. Ia disebut sebagai emotional dysregulation. Saya telah menyentuh mengenainya di sini:

Teringat juga bagaimana Nabi Muhammad ﷺ mengingatkan kita agar melatih diri semasa berpuasa, apabila menerima kecaman atau penghinaan, jangan ikutkan rasa marah, tetapi katakan “sesungguhnya aku berpuasa”.

Ia selari dengan nasihat berasaskan sains yang selalu diberikan kepada kita sebagai strategi meregulasi emosi.

Agama bukan musuh sains, sains bukan musuh agama. Ia seiringan, kerana kedua-duanya datang daripada sumber asal yang Sama dan Satu.

Alhamdulillah.

Rizal
Naas, Ireland

Leave a Reply

Your email address will not be published.