Month: February 2022

  • Makan Tumpah Jalan Tergolek: Postural Sway dan ADHD Dewasa

    Makan Tumpah Jalan Tergolek: Postural Sway dan ADHD Dewasa

    Di dalam vlog kali ini saya kongsikan pengalaman hidup yang berlaku semenjak kecil apabila saya sering menjatuhkan makanan dan minuman ke baju. Kemalangan-kemalangan kecil juga sering menghantui diri hingga saya menganggap diri saya kalut (clumsy) dan tidak matang kerana cenderung kepada kemalangan (accident-prone). Namun, dek saya bukan seorang yang hiperaktif, kekalutan dan masalah-masalah ini terselindung…

  • Menghargai Kejadian Otak dan Fungsi Akal

    Menghargai Kejadian Otak dan Fungsi Akal

    Semenjak sekian lama saya sentiasa teruja dengan kehebatan otak dan fungsi akal. Oleh kerana saya bukan daripada bidang sains, bidang agamalah medan saya meneroka keterujaan ini. Suka dengan pembelajaran yang membabitkan diskusi, debat, bertukar pendapat, kerana saya dapat rasa yang otak saya bekerja semasa belajar sebegini. Pembelajaran secara hafalan dan pengulangan (rote learning) agak berat…

  • ADHD Dan Faktor Keturunan

    ADHD Dan Faktor Keturunan

    Mengambil kira genetik sebagai faktor penting di sebalik ADHD seseorang, mengetahui akan hal ini boleh membantu kita meningkatkan kepekaan terhadap cabaran-cabaran yang wujud di dalam keluarga sendiri, serta saudara mara. Perkara ini boleh memainkan peranan yang besar untuk melawan stigma negatif yang menyebabkan ADHD diabaikan atau dipandang remeh. Ia bukan hanya berisiko menyebabkan seseorang mengalami…

  • Mengantuk Semasa Memandu: Daripada OSA ke ADHD Dewasa

    Mengantuk Semasa Memandu: Daripada OSA ke ADHD Dewasa

    Masalah mengantuk semasa memandu sudah lama saya alami. Dahulukala, ia menjadi permulaan saya melakukan kesilapan dalam hidup. Saya cuba mengatasi rasa mengantuk itu dengan minum kopi, minum air bergas, dan kemudian energy drink. Akibatnya, saya menjadi pesakit diabetes. Saya juga pernah tertidur semasa memandu. Kereta yang dipandu telah merempuh belakang lori. Kereta remuk tetapi syukurlah…

  • Jangan Abaikan ADHD Sebelum Sambung Belajar Atau Kerja

    Jangan Abaikan ADHD Sebelum Sambung Belajar Atau Kerja

    Bahaya sebenarnya buat seseorang yang mengesyaki dirinya ADHD, tetapi tidak mendapatkan diagnosis rasmi dan rawatan sebelum menandatangani surat tawaran penajaan untuk sambung belajar atau menerima tawaran pekerjaan. Surat berkaitan masalah kesihatan mental tiada, stimulant andai perlu tidak diperolehi, sepanjang pengajian bertarung untuk menyiapkan tugasan dan tesis. Andai ia berakhir dengan kegagalan menyempurnakan pengajian, maka bermulalah…

  • Menulis Mengenai ADHD Dewasa Secara Terbuka

    Menulis Mengenai ADHD Dewasa Secara Terbuka

    Menulis secara terbuka mengenai ADHD dewasa adalah berisiko besar. Fikiran saya ada banyak lapis mengenainya. Bermula dengan rasa malu, khuatir diperlekeh, paling takut jika orang secara rambang menganggap semua yang saya pernah cakap atau tulis dianggap tidak benar kerana saya ‘tidak betul’. Kemudian saya fikir, selama ini saya menulis dengan cermat benda lain pun, orang…

  • Pengalaman Belajar di Finland Tanpa Diagnosis ADHD Dewasa

    Pengalaman Belajar di Finland Tanpa Diagnosis ADHD Dewasa

    Pengalaman belajar di Finland selama empat tahun amat memeritkan. Saya tahu ada sesuatu yang tidak kena, namun tanpa diagnosis rasmi, tidak banyak usaha dapat dibuat untuk mengatasinya. Kegagalan demi kegagalan, parutnya amat dalam. Hanya dengan kasih sayang Allah jualah saya dapat move on dan bergantung harap kepada-Nya. Walaupun baru seminggu memulakan pengambilan Concerta XL, saya…

  • Cabaran Rejection Sensitive Dysphoria (RSD)

    Cabaran Rejection Sensitive Dysphoria (RSD)

    Menjadi seorang yang rasional, menerima jika munasabah dan menolak andai sebaliknya, adalah asas saya mengendalikan perjalanan hidup. Tetapi apabila dilabel sebagai seorang yang emosional, berhati tisu, sukar bertolak ansur dengan perbezaan pendapat, ia mendatangkan rasa tidak selesa kerana saya akan bertanya kepada diri sendiri, apakah benda yang saya marah itu wajar saya marah, atau ia…