Pengalaman Belajar di Finland Tanpa Diagnosis ADHD Dewasa

Pengalaman belajar di Finland selama empat tahun amat memeritkan.

Saya tahu ada sesuatu yang tidak kena, namun tanpa diagnosis rasmi, tidak banyak usaha dapat dibuat untuk mengatasinya.

Kegagalan demi kegagalan, parutnya amat dalam. Hanya dengan kasih sayang Allah jualah saya dapat move on dan bergantung harap kepada-Nya.

Walaupun baru seminggu memulakan pengambilan Concerta XL, saya dapat membaca banyak artikel jurnal dengan tenang dan terang.

Clarity yang amat rumit untuk saya perolehi semasa di Finland dahulu.

Penekanan kepada regulasi kendiri dalam pembelajaran dan budaya masyarakat Finnish yang menghormati personal space sesama mereka menyumbang kepada kesukaran saya mendapatkan bantuan, selain kekangan bahasa.

Melalui buku The Inventive Mind: ADHD Learning Model oleh Dr. Richard William Wadsworth, saya memulakan proses untuk menyakinkan diri bahawa ADHD menjadi punca otak saya berfikir secara yang agak berlainan, disebut sebagai inventive mind, dan bukan replicative mind.

Salah satu ciri inventive mind ini ialah ia berorientasikan masalah. Berikan kepadanya masalah, dia boleh menggunakan masalah itu sebagai pencetus kepada hyperfocus moment, yang boleh bertukar menjadi kekuatan besar di sebalik kerumitan yang orang ADHD alami.

Saya harap diagnosis ADHD yang diterima ini membantu saya untuk terus membina keyakinan diri dengan cara saya sendiri, walaupun diremehkan oleh manusia sekeliling.

Terima kasih kepada sahabat yang berkongsi perkara-perkara positif semasa mengikuti perkongsian saya berkaitan ADHD Dewasa ini.

Rizal
5 Februari 2022


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *