Diupah Bekerja Untuk Berfikir

ADHD bukan penyakit.

Maka rawatan yang diberikan oleh doktor tidak disusuli dengan kesembuhan.

Sebaliknya rawatan itu bertujuan menampung kekurangan kekal yang ada pada diri untuk meningkatkan keupayaan berfungsi dalam kehidupan seharian.

Saya diberikan oleh doktor Concerta XL agar stimulant berkenaan terembes perlahan-lahan dalam tempoh yang lebih lama dalam sehari.

Ia lebih baik menurut Dr. James dan tidak membebankan mereka yang mengidap ADHD untuk mengambil ubat beberapa kali dalam sehari seandainya menggunakan Ritalin.

Hal ini mungkin sangat berguna untuk mereka yang sedang belajar sepenuh masa di sekolah atau universiti, serta yang sedang melakukan pekerjaan yang memerlukan fokus panjang.

Untuk saya juga, saya berharap seandainya rawatan ini sesuai dan berkesan, ia boleh meningkatkan produktiviti saya di dalam penulisan dan kerja-kerja lain sekiranya ada rezeki nanti.

Terkenang pengalaman kerja menarik yang pernah saya terima apabila almarhum Prof Khazani mengambil saya bekerja dengan beliau dan kerja yang saya perlu buat ialah berfikir!

Saya dibayar gaji bulanan dan diberi ruang pejabat untuk tenang membaca serta berfikir. Hasilnya bukan untuk syarikat beliau tetapi untuk masyarakat.

Semoga Allah mencucurkan rahmat ke roh almarhum Prof yang telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu.

Demikian juga kepercayaan yang diberikan oleh Yayasan Pendidikan Khalifah untuk saya merekabentuk konsep baru Khalifah Model School (Secondary) hampir sedekad yang lalu.

Pekerjaan seperti ini memaksimumkan manfaat yang boleh saya hasilkan, dan menyelamatkan saya daripada kelemahan yang merumitkan diri melakukan kerja rutin yang ‘biasa’.

Apa pun, Dr. James memberi lampu hijau untuk saya teruskan amalan mengambil Omega 3. Saya mengambil Omega 3 jenama Minami (MorEPA Platinum Elite). Bagi pengidap ADHD, mereka disarankan mengambil Omega 3 yang mempunyai kandungan EPA yang tinggi.

Bismillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *