Akhirnya Menerima Diagnosis ADHD Dewasa

Jika anda pensyarah universiti, anda mungkin biasa berjumpa dengan pelajar yang tidak menyiapkan tugasan seperti yang sepatutnya.

Mungkin ada yang memang malas, tidak bermotivasi dan tidak berminat untuk berjaya.

Namun di celah-celah itu mungkin ada pelajar yang bermati-matian berusaha namun tetap gagal, kerana ada sesuatu pada dirinya yang hanya dapat dilihat dengan mata ilmu dan kasih sayang, bukan mata mengeji dan hukum.

Bagi sahabat yang senasib, berusahalah untuk jangan self-diagnose atau diagnose orang lain.

Berusahalah untuk mendapatkan bantuan profesional oleh pakar terlatih (dan ia mungkin membabitkan perbelanjaan yang tidak murah).

Hanya selepas menerima diagnosis secara klinikal dan ‘rasmi’ oleh konsultan psikiatris, saya berani untuk menulis perkara ini.

Mungkin diagnosis ini agak terlambat untuk membantu menyelamatkan saya daripada belenggu the unfinished business selama 20 tahun ini. Namun, saya berharap mudah-mudahan ia menjadikan kehidupan berbaki lebih bermakna dan baik untuk terus berperanan lagi berbakti.

Apa itu ADHD Dewasa: https://www.youtube.com/watch?v=n5veFnCoPTM

Perlukah diagnosis semasa sudah lewat usia: https://www.youtube.com/watch?v=lSjHYiTEA4M

Rizal


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *