ADHD Dan Faktor Keturunan

Mengambil kira genetik sebagai faktor penting di sebalik ADHD seseorang, mengetahui akan hal ini boleh membantu kita meningkatkan kepekaan terhadap cabaran-cabaran yang wujud di dalam keluarga sendiri, serta saudara mara.

Perkara ini boleh memainkan peranan yang besar untuk melawan stigma negatif yang menyebabkan ADHD diabaikan atau dipandang remeh.

Ia bukan hanya berisiko menyebabkan seseorang mengalami kemerosotan kualiti hidup dari segi pelajaran dan pekerjaan, malah turun mengurangkan kadar jangka hayat secara signifikan akibat pelbagai masalah diri yang ‘sistemik’, dengan ADHD tersembunyi di belakang semua krisis hidup tersebut.

Kata Dr Russell Barkley:

ADHD adalah gangguan genetik yang tinggi, melebihi kebanyakan gangguan lain di dalam psikiatri. Kecualilah anda mendapat ADHD akibat kecederaan otak secara jelas daripada masa silam anda, berkemungkinan besar ADHD ditemui lebih daripada kebiasaan di kalangan ahli keluarga anda. Akan tetapi, memandangkan pengidap ADHD dewasa sering turut sama mengidap gangguan-gangguan yang lain (lihat bab 2 buku ini), adalah berguna untuk pakar yang membuat penilaian anda mengetahui sejarah semua gangguan mental yang diketahui wujud di dalam hiraki keluarga anda untuk mengenalpasti seandainya anda mempunyai genetik yang lemah. Seandainya anda tidak mengetahui apa-apa gangguan berkenaan di dalam keluarga, ia berkemungkinan berpunca daripada keadaan masyarakat di masa lalu yang cenderung melihat isu-isu seperti ini sebagai sulit, malah memalukan. Kerana itu, berbaloi sebenarnya untuk mengambil risiko bertanya kepada ibu bapa dan saudara mara tentang sejarah keturunan sebelum anda berkaitan gangguan mental di dalam keluarga, sebelum anda menghadirkan diri ke temujanji bersama doktor.

ADHD is a highly genetic disorder, more so than most in psychiatry, so unless you have acquired it through an obvious brain injury in your past, it’s likely to be more common than usual among your relatives. But because adults with ADHD frequently have another disorder too (see Chapter 2), it can be helpful to the evaluator to know about all mental disorders that appear on your family tree and for which you may have a genetic vulnerability. If you’re not aware of any, that may be because in the past people tended to view such information as private, even shameful. For this reason, it’s worth taking the trouble to ask a parent or other relative from a generation before yours about the history of mental disorders in your family before you go to your appointment.

Barkley, Russell A.. Taking Charge of Adult ADHD, Second Edition (p. 24). Guilford Publications. Kindle Edition.

Rizal
16 Februari 2022


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *