Selepas belajar bidang learning sciences, antara perkara terawal dan segera saya cuba buat dalam keibubapaan ialah mengawal waktu tidur anak-anak.
Musuh paling besar kepada usaha ini adalah skrin; telefon, tablet dan komputer.
Saya belajar betapa besarnya impak kualiti tidur.
Malam waktu berehat bukan semata-mata konsep. Tetapi tubuh badan manusia, gelap malam, cahaya matahari dan kandungannya, semuanya saling bekerjasama untuk benar-benar menjadikan tidur itu penting.
Anak-anak yang patuh dan tidur pada masa yang sepatutnya, terselamat daripada banyak masalah. Anak-anak yang melawan dan sentiasa mencari jalan untuk melanggar usaha ini terheret ke dalam pelbagai masalah.
Individu ADHD pula berdepan dengan cabaran tambahan untuk meregulasi tidur.
Semasa belum mendapat diagnosis, saya tidur dalam keadaan yang rumit di Finland.
Pernah di satu subuh, apabila saya bangun tidur, saya dapati gigi geraham saya patah dua dan tergolek keluar dari mulut kerana saya tidur dalam keadaan geraham yang mengetat.
Selepas menggunakan mesin CPAP, masalah obstructive sleep apnea (OSA) saya terurus. Bakinya, adalah isu ADHD.
Selepas menerima diagnosis dan memulakan pengambilan stimulant, saya mudah sedikit untuk lelap. Tetapi stimulant saya mempunyai kesan-kesan yang berbeza.
Kini, apabila saya mengambil Tyvense pada jam 8 pagi, saya dapat berfungsi dengan baik di siang hari, mula mengantuk pada jam 9 malam. Tetapi pukul berapa pun saya tidur, saya akan terjaga pada jam 4 pagi. Kadang-kadang berjaya sambung tidur semula, kadang-kadang terjaga sehingga subuh.
Masih mencari jalan untuk mengatur tidur yang baik.
Aplikasi Pillow di iPhone dan Apple Watch membantu saya memantaunya. Data dari mesin CPAP baharu juga menyumbang.
Di hujung buku Sleep and ADHD oleh Hiscock, Harriet; Sciberras, Emma ini, penulis merumuskan perkara berikut:
“Children with clinical-level ADHD are at increased risk of a broad range of negative outcomes in adolescence and adult life (Mannuzza & Klein, 2000). These include academic underachievement and school dropout (Barbaresi, Katusic, Colligan, Weaver, & Jacobsen, 2007), depression and suicidal behaviour (Chronis-Tuscano et al., 2010), smoking, and substance abuse disorders (Nigg, 2013), antisocial personality disorder (Mannuzza et al., 1993), obesity (Cortese & Tessari, 2017), early parenthood (Østergaard, Dalsgaard, Faraone, Munk-Olsen, & Laursen, 2017) and poorer occupational functioning (de Graaf, Kessler, & Fayyad, 2008). It is important, however, to remember that individuals with ADHD often thrive and can lead highly successful lives, particularly with good support from their families and friends and professional assistance.”
Rizal
Naas, Ireland
📌
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.
Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal
Paypal: https://paypal.hasrizal.com
Revolut: https://revolut.me/hasrizal
Leave a Reply