Kehilangan barang adalah musibah yang tanpa henti mendatangkan kesusahan dan kerugian kepada saya sebagai seorang individu ADHD. Saya yakin anda sangat maklum akan hal ini berkaitan dengan masalah ADHD.
Sejujurnya saya tidak sepenuhnya tahu kenapa ia terjadi. Ia menyebabkan saya malu dengan diri sendiri sebelum kehilangan itu disuarakan oleh orang lain di keliling saya.
Dumb!
Useless!
Again?
Saya syak, ADHD menjadi faktor saya hilang barang lebih kerap dan teruk berbanding orang bukan ADHD adalah kerana defisit fungsi eksekutif di frontal lobe orang ADHD. Ia menyebabkan memori kerja saya tidak merekod dengan baik di mana saya meletak sesuatu.
Non verbal working memory, untuk bertahan di frontal lobe, ia memerlukan beberapa ‘ramuan’. Malangnya ia adalah antara defisit yang sering orang ADHD alami.
AIRPODS PRO
Saya bergantung rapat kepada AirPods Pro untuk mematikan bunyi bising sekeliling semasa bunyi bising itu menjadi punca resah dan gangguan.
Termasuklah semasa tidur.
Selepas menggunakan AirPods Pro, saya tidak mahu lagi membuang duit membeli jenama lain terutamanya kerana keberkesanan ia di dalam ekosistem produk Apple saya.
Jika saya sedang menggunakan AirPods Pro untuk mendengar sesuatu di iPad, panggilan telefon di iPhone akan terus memindahkan AirPods Pro saya ke iPhone untuk menjadi alat mendengar dan bercakap jika saya mahu menjawab panggilan telefon berkenaan.
Selalunya tak jawab, haha!
Fungsi ini adalah apa yang tidak boleh dilakukan oleh jenama lain walau semahal mana pun ia, setakat ini. Sebab itu saya selesa dengan AirPods Pro.
Kenapa AirPods Pro dan bukan versi AirPods yang lain?
Lubang telinga saya tidak mampu mengekalkan kedudukan ear buds tanpa jatuh, kecuali AirPods Pro. Itu pun, saya perlu gunakan COMPLY Premium Memory Foam menggantikan ear tips asal yang Apple berikan. Keduanya, fungsi noise cancellation hanya ada pada AirPods Pro. Ia juga boleh diubahsuai keupayaan menangkap perbualan agar lebih jelas butir bicara, melalui ubah suai tetapan AirPods Pro di bahagian Accessibility di iPhone.
Malangnya AirPods Pro ini agak mahal.
Kecuaian diri, menyebabkan saya pernah kehilangan sebelah entah di mana. Saya syak ia terkeluar dari bekas kerana sarung AirPods Pro saya ketika itu kesat dan penutup kepalanya tidak kuat. Ia tersangkut di seluar dan satu daripadanya jatuh keciciran.
Kemudian baru-baru ini, sekali lagi saya kehilangan AirPods Pro, semasa pulang daripada pertemuan kumpulan sokongan ADHD Ireland di Dublin. Hilang yang sungguh-sungguh hilang.
Tetapi beberapa hari kemudian isteri jumpa apabila terdengar bunyi bising berdentum dentam mesin basuh. AirPods Pro saya dibasuh bersama pakaian kerana mungkin terselit di dalam seluar walaupun Wallahi, saya sudah habis menyelongkar mencarinya.
Ia sangat menyedihkan.
Akhirnya, saya harap solusi ini menjadi solusi yang praktikal.
Guna AirTag, juga produk Apple.
Saya gabungkan AirPods Pro dengan AirTag. Asalnya saya ingin letak AirTag pada sarung berbentuk keychain dan gantung bersama AirPods Pro. Tetapi saya takut ia mengganggu, memeningkan, dan akan menyebabkan saya mencari solusi lain pula. Sebab itu saya nikahkah AirTag saya dengan AirPods Pro menggunakan VISOOM AirPods Pro case ini.
Mencari AirTag lebih efisyen dan tepat berbanding mencari AirPods Pro kerana AirPods Pro akan hanya dapat dikesan jika ia dibuka dan aktif.
Rizal
30 Ogos 2022
Leave a Reply