Perangkap Kehidupan Individu ‘Berfungsi Tinggi’


Balik daripada meeting ADHD Ireland tadi, saya termenung di dalam kereta cuba untuk memahami bagaimana setting kehidupan memerangkap.

  1. ADHD tidak difahami dengan betul. Misalnya menganggap ADHD ialah budak lelaki nakal tak boleh duduk diam. Ramai tercicir akibat kefahaman macam itu.
  2. Ramai murid cemerlang masuk sekolah asrama. Rutin sekolah asrama menyebabkan masalah fungsi eksekutif individu ADHD terlindung. Walaupun mungkin bermasalah dalam macam-macam aspek lain seperti kejanggalan sosial, tak pandai berkawan, emosi turun naik, mereka mampu survive dan beroleh keputusan SPM cemerlang. Lalu ADHD tiada sebab untuk disedari, difikir, apatah lagi dicari diagnosis.
  3. Keputusan cemerlang SPM melayakkan pelajar itu mendapat biasiswa atau pinjaman boleh ubah. Tandatangan borang persetujuan. Komitmen beberapa ratus ribu Ringgit dengan syarat habiskan pengajian.
  4. Mula belajar di universiti, rutin semasa sekolah asrama sudah tiada. Kena mula uruskan sendiri kehidupan. Masalah mula timbul. Kecemerlangan di asrama dahulu menyebabkan masalah di universiti disabitkan kepada masalah disiplin, lupa diri ghairah dengan kebebasan, dan sebagainya.
  5. Jika berjaya habis, Alhamdulillah. Mungkin tidak GOT (graduate on time), tapi masih graduate (di tahun paling akhir, peluang akhir).
  6. Belum kenal ADHD, sebab tiada sebab untuk kenal dan fikir, tetapi memulakan perjalanan sebagai individu dewasa. Berkerjaya, tunggang langgang, sukar komited. Berumahtangga, sama ada emosi lebih baik kerana disokong, atau emosi makin teruk jika sebaliknya. Tekanan daripada pasangan mungkin tidak jatuh di bawah kategori dera, aniaya, atau apa-apa istilah agama dan undang-undang, tetapi secara jangka panjang menjadikan kesihatan mental terus terjejas secara kronik.
  7. Jika direzekikan ada anak, si anak apabila meningkat umur remaja mula bermasalah pada tingkah laku, pembelajaran, sosial dan sebagainya kerana ADHD is highly genetic.
  8. Menerima diagnosis lewat, menyebabkan impairment makin teruk dan bertambah teruk dengan pertambahan usia. Oleh kerana ADHD lewat dikesan, individu berkenaan mungkin sudah ada banyak penyakit metabolik yang kronik, terbabit kemalangan jalanraya, gagal dalam kerjaya, gagal dalam rumahtangga, kemurungan, kegelisahan, dan macam-macam lagi. Berkemungkinan mati 13 tahun lebih awal berbanding potensi umur sebenar secara statistiknya.

Itulah yang saya fikirkan.

Simpati dan sesekali sebak mendengar perkongsian rakan-rakan sepanjang sesi perbincangan, bersempena ulangtahun kelima ADHD Ireland Support Group.

‘The burden of shame’ adalah tema paling banyak timbul dalam perbincangan hari ini.

Dan saya masih berfikiran negatif bahawa ramai orang anggap ADHD ini benda mengada-ngada yang diada-adakan. Fikiran saya mengatakan bahawa masyarakat kita adalah masyarakat pembuli, rendah empati.

Ia mungkin hanya permainan fikiran saya, semata-mata.

Rizal
17 Ogos 2022


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *