Seseorang boleh melampau pada premis agama semasa menanggap ADHD.
Seseorang juga boleh melampau pada premis sains hingga mengenepikan peranan agama dalam regulasi ADHD.
Seorang ADHD masih seorang mukallaf yang berjalan pada lisan dan perbuatannya, betul dan salah, dosa dan pahala.
Rukun iman yang dihayati melapangkan kehidupan untuk memegang hikmah daripada Allah atas ujian-ujian yang berlaku.
Kita belajar daripada Nabi ﷺ apabila anak baginda, Ibrahim, meninggal dunia pada usia 18 bulan, baginda sangat bersedih lalu menangis.
Perasaan dan tangisan tidak salah.
Tetapi baginda pesan, mulut hanya menyebut perkara yang Allah redha.
• Gunakan CBT untuk mengatur strategi hidup.
• Gunakan supplement untuk menampung kekurangan diri, tanpa preskripsi ubat hasil diagnosis.
• Gunakan ubat (stimulant) untuk berusaha mengatasi cabaran di akar masalah.
• Ada pun agama, lapangkanlah jiwa dengan iman kepada Allah melalui sifat syukur, dengan fokus pada apa yang kita ada.
Menjauhi ‘kufur’ (kufur nikmat), dengan terus menerus mengeluh dan merungut pada perkara-perkara yang kita tidak ada.
Semasa kita bantu membantu, salurkan sokongan dalam bentuk bantuan yang menghampiri solusi.
Elakkan ‘co-rumination‘, iaitu perbuatan yang kelihatan seperti saling memahami, tetapi sebenarnya saling mengheret diri kepada emosi negatif yang lebih mendalam.
Ia berlaku apabila komunikasi kita berhenti hanya pada faham memahami, tetapi tidak diarah kepada solusi yang benar.
𝘙𝘶𝘮𝘪𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘪𝘴 𝘢 𝘵𝘺𝘱𝘦 𝘰𝘧 𝘯𝘦𝘨𝘢𝘵𝘪𝘷𝘦 𝘳𝘦𝘢𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯; 𝘪𝘵 𝘮𝘦𝘢𝘯𝘴 𝘵𝘩𝘢𝘵 𝘸𝘩𝘦𝘯 𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘥𝘪𝘷𝘪𝘥𝘶𝘢𝘭 𝘪𝘴 𝘪𝘯 𝘱𝘢𝘪𝘯, 𝘩𝘦 𝘰𝘳 𝘴𝘩𝘦 𝘥𝘸𝘦𝘭𝘭𝘴 𝘰𝘯 𝘴𝘶𝘤𝘩 𝘦𝘮𝘰𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘢𝘯𝘥 𝘪𝘵𝘴 𝘤𝘢𝘶𝘴𝘦𝘴 𝘢𝘯𝘥 𝘷𝘢𝘳𝘪𝘰𝘶𝘴 𝘳𝘦𝘴𝘶𝘭𝘵𝘴 𝘪𝘯𝘴𝘵𝘦𝘢𝘥 𝘰𝘧 𝘵𝘢𝘬𝘪𝘯𝘨 𝘢𝘤𝘵𝘪𝘷𝘦 𝘮𝘦𝘢𝘴𝘶𝘳𝘦𝘴 𝘵𝘰 𝘴𝘰𝘭𝘷𝘦 𝘵𝘩𝘦 𝘱𝘳𝘰𝘣𝘭𝘦𝘮. 𝘚𝘦𝘷𝘦𝘳𝘢𝘭 𝘳𝘦𝘴𝘦𝘢𝘳𝘤𝘩𝘦𝘳𝘴 𝘳𝘦𝘨𝘢𝘳𝘥 𝘳𝘶𝘮𝘪𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘢𝘴 𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘴𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘵𝘳𝘢𝘪𝘵 𝘳𝘦𝘧𝘭𝘦𝘤𝘵𝘦𝘥 𝘣𝘺 𝘵𝘩𝘦 𝘤𝘰𝘯𝘥𝘪𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘸𝘩𝘦𝘳𝘦 𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘥𝘪𝘷𝘪𝘥𝘶𝘢𝘭 𝘰𝘷𝘦𝘳𝘵𝘩𝘪𝘯𝘬𝘴 𝘱𝘢𝘪𝘯 𝘢𝘯𝘥 𝘪𝘮𝘮𝘦𝘳𝘴𝘦𝘴 𝘩𝘪𝘮𝘴𝘦𝘭𝘧 𝘪𝘯 𝘵𝘩𝘦 𝘤𝘪𝘳𝘤𝘶𝘮𝘴𝘵𝘢𝘯𝘤𝘦 𝘵𝘰 𝘭𝘪𝘮𝘪𝘵 𝘩𝘪𝘴 𝘮𝘰𝘵𝘪𝘷𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘵𝘰 𝘤𝘰𝘮𝘮𝘶𝘯𝘪𝘤𝘢𝘵𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘤𝘶𝘳𝘣 𝘩𝘪𝘴 𝘢𝘤𝘵𝘪𝘷𝘦 𝘣𝘦𝘩𝘢𝘷𝘪𝘰𝘳. 𝘐𝘯𝘥𝘪𝘷𝘪𝘥𝘶𝘢𝘭𝘴 𝘸𝘩𝘰 𝘢𝘳𝘦 𝘶𝘴𝘦𝘥 𝘵𝘰 𝘥𝘦𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘯𝘦𝘨𝘢𝘵𝘪𝘷𝘦 𝘦𝘷𝘦𝘯𝘵𝘴 𝘵𝘩𝘳𝘰𝘶𝘨𝘩 𝘴𝘶𝘤𝘩 𝘳𝘦𝘢𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘮𝘦𝘢𝘯𝘴, 𝘯𝘢𝘮𝘦𝘭𝘺, 𝘳𝘶𝘮𝘪𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯, 𝘥𝘸𝘦𝘭𝘭 𝘰𝘯 𝘵𝘩𝘦 𝘯𝘦𝘨𝘢𝘵𝘪𝘷𝘦 𝘦𝘮𝘰𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘢𝘭𝘵𝘩𝘰𝘶𝘨𝘩 𝘵𝘩𝘦 𝘮𝘢𝘵𝘵𝘦𝘳 𝘪𝘴 𝘰𝘷𝘦𝘳 𝘢𝘯𝘥 𝘵𝘩𝘪𝘯𝘨𝘴 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘤𝘩𝘢𝘯𝘨𝘦𝘥.
𝘚𝘶𝘯, 𝘏., 𝘛𝘢𝘯, 𝘘., 𝘍𝘢𝘯, 𝘎., & 𝘛𝘴𝘶𝘪, 𝘘. (2014). 𝘋𝘪𝘧𝘧𝘦𝘳𝘦𝘯𝘵 𝘦𝘧𝘧𝘦𝘤𝘵𝘴 𝘰𝘧 𝘳𝘶𝘮𝘪𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘰𝘯 𝘥𝘦𝘱𝘳𝘦𝘴𝘴𝘪𝘰𝘯: 𝘬𝘦𝘺 𝘳𝘰𝘭𝘦 𝘰𝘧 𝘩𝘰𝘱𝘦. 𝘐𝘯𝘵𝘦𝘳𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘫𝘰𝘶𝘳𝘯𝘢𝘭 𝘰𝘧 𝘮𝘦𝘯𝘵𝘢𝘭 𝘩𝘦𝘢𝘭𝘵𝘩 𝘴𝘺𝘴𝘵𝘦𝘮𝘴, 8, 53. 𝘩𝘵𝘵𝘱𝘴://𝘥𝘰𝘪.𝘰𝘳𝘨/10.1186/1752-4458-8-53
Moga Allah bantu kita semua.
Rizal
19 Mei 2022
Leave a Reply