13 Strategi Keibubapaan Untuk Anak ADHD di Bulan Ramadan

Seorang rakan menghubungi saya baru-baru ini meminta pandangan bagaimana untuk beliau menguruskan anaknya, seorang ADHD, untuk berpuasa di bulan Ramadan.

Anaknya awal-awal lagi sudah menyatakan keengganannya berpuasa di bulan Ramadan.

Pada usia kanak-kanak, sebelum aqil baligh, Allah belum menjadikan ibadah puasa itu wajib ke atas si anak.

Justeru, puasa di peringkat ini hendaklah dikomunikasikan dalam bentuk memperkenalkan, menggalakkan, melatih, yakni sebagai satu proses belajar, pendidikan.

Dengan ADHD, hadir bersamanya pelbagai cabaran seperti gangguan regulasi emosi dan lain-lain, pasti sukar untuk hal ini dilakukan.

Saya sendiri bukanlah pakar.

Saya hanya seorang ADHD yang juga guru, memahami serba sedikit sains pembelajaran, saya gunakan 13 strategi keibubapaan yang diterbitkan oleh majalah Additude ini, untuk diaplikasikan ia kepada usaha kita memperkenalkan ibadah puasa dan Ramadan itu sendiri kepada anak kita yang ADHD.

Dokumen berkenaan boleh dimuat turun secara percuma di https://www.additudemag.com/download/raising-a-child-with-adhd/

13 strategi yang dimaksudkan itu ialah:

1. Percaya dan berpegang kepada masa hadapan anak. Puasa adalah komitmen sepanjang hayat seorang Muslim. Fokus kepada objektif besar dan jangka panjang ini sebagai mindset kita.

2. Menjadi role model yang baik.

3. Tidak terlalu cepat berkata ‘TIDAK’ atau ‘JANGAN’

4. Beri perhatian kepada tingkah laku yang positif.

5. Membuat persiapan dan peka dengan kebarangkalian situasi ledakan emosi.

6. Elakkan terpengaruh dengan label-label negatif orang lain terhadap anak kita.

7. Disiplin, bukan hukuman.

8. Bezakan di antara keingkaran dengan kecemerkapan diri.

9. Hindari mengungkap salah laku anak dengan label.

10. Jadikan si anak, bukannya ubat, sebagai pihak yang bertanggungjawab.

11. Libatkan anak dalam perancangan dan penyelesaian masalah.

12. Berhenti menyalahkan orang lain.

13. Dapatkan bantuan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Selamat menyambut ketibaan bulan Ramadan.

Rizal
22 Mac 2022


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *