Jangan Abaikan ADHD Sebelum Sambung Belajar Atau Kerja

Bahaya sebenarnya buat seseorang yang mengesyaki dirinya ADHD, tetapi tidak mendapatkan diagnosis rasmi dan rawatan sebelum menandatangani surat tawaran penajaan untuk sambung belajar atau menerima tawaran pekerjaan.

Surat berkaitan masalah kesihatan mental tiada, stimulant andai perlu tidak diperolehi, sepanjang pengajian bertarung untuk menyiapkan tugasan dan tesis.

Andai ia berakhir dengan kegagalan menyempurnakan pengajian, maka bermulalah episod tindakan undang-undang, kena bayar balik hutang ratusan ribu ringgit malah jutaan, mengalami panic attack, kemurungan, masalah rumahtangga dan keluarga, hidup jadi porak peranda.

Orang sekeliling lebih mudah melabel golongan yang terperangkap dalam situasi sebegini dengan pelbagai label secara bersuara dan senyap, berbanding empati ingin meneliti akar permasalahan yang sedang dihadapi.

Apatah lagi jika sudah biasa melabel, menerima diagnosis bermaksud terpaksa menarik balik semua kecaman selama ini, yang boleh mencederakan ego, kecuali yang mendapat rahmat Ilahi.

Justeru cegahlah daripada semua ini berlaku, dengan mengambil berat bukan sahaja soal ADHD, tetapi apa jual isu kesihatan mental sekiranya ada, sebelum keadaan menjadi parah.

Ia bukan kanser, bukan kecederaan fizikal, dan kerananya ADHD boleh dipandang remeh.

Akan tetapi, jika akar masalah terbukti ADHD, tanpa merawatnya, banyak fungsi biasa dalam kehidupan terjejas, dan semakin terjejas dengan bertambahnya usia serta tanggungjawab.

Semoga pesanan ini boleh mengurangkan kes-kes malang seperti yang saya sebutkan di dalam video ini, walaupun untuk diri saya sendiri bak kata Shidee, “sayang semuanya sudah terlambat”.

Saya teruskan dengan perjalanan berbeza dalam semangat yang sama, Erti Hidup Pada Memberi.

Rizal
11 Februari 2022


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *