ADHD is Behind the Idea Visualisation

Finland of Opportunities Demola Mid Pitch from Hasrizal Abdul Jamil on Vimeo.

“Wow, I just want to tell you that you’re very good at visualising ideas. The presentation was really good!” my friends said.

“It’s my strength, and my weakness at the same time,” I replied.

“And how is that?” they asked.

“Writing up for our final pitching next week is not easy for me. I cannot see clearly from essays plus writing them sucks. I need to have a clear picture in my mind how all our work for the past three months looked like when we sum them up into a 5 minutes presentation. So I immediately use Keynote, slide by slide and see how our understanding visually appears. I read all the scripts you guys wrote collaboratively, but I am sorry I didn’t write my piece. It doesn’t work for me. I work better with visual to gain the ‘big picture’ thing,” I explained.

“But it works. Even better!” they said.

“Yes. It is good for this kind of task. But I suffer in my courses where many collaborative essay writings involved. How to write my piece when I don’t know what others wrote before and after my part? And at the same time if I write it individually, most likely it will become a soul-crushing job with zero satisfaction. Exhausting! I guess maybe that has something to do with my ADHD” I stated that ‘keyword’ intentionally.

“Aha…. I see. That’s where the creativity comes in!’ one of them highlighted the nitty-gritty part of it.

It is very rewarding to work with this team. We are given enough room to do our part in our own unique way. Today I will present our entire solution in the final pitching on behalf of our team. Wish me luck!


December 13, 2017 at 3pm Finland time
https://www.facebook.com/events/1989793471264280/

Rizal
Oulu, FI

PhD Selepas Ini?

Jika saya berjaya menamatkan pengajian sarjana kali ini di Finland, adakah saya akan menyambung ke peringkat doktor falsafah (PhD)?

Berkemungkinan besar jawapannya, TIDAK.

Saya sudah tidak mampu menanggung tekanan deadlines pada usia ini. Dan ia membantutkan saya daripada melakukan apa yang saya lebih berbakat dan berupaya. Jawapan kenapa saya tidak akan memilih PhD, adalah ADHD.

Seperti kata Profesor Russell Barkley, ADHD adalah kondisi yang paling teruk untuk pengurusan masa. Menulis tesis sangat demanding.

Melainkan dunia bermurah hati menawarkan satu program PhD inovatif yang berasaskan projek. Saya mempunyai banyak idea, kemampuan analisis, berfikir secara kreatif terhadap solusi, boleh membangunkan sebuah institusi yang berimpak terhadap masyarakat, tetapi jangan minta saya tulis mengenainya dalam gaya APA atau Gaya UKM.

Ia membunuh!

Rizal
Oulu, FI

Kalut Postural Sway

Saya memang maklum di dalam keluarga sebagai seorang yang kalut.

Setiap kali makan, saya perlu sangat berhati-hati agar tiada makanan atau minuman yang tumpah terkena baju. Selalunya, saya gagal.

Apabila menggunakan tangga, terutamanya semasa turun, saya perlu berpegang kepada sesuatu. Sama ada memegang palang tangga, atau menggeselkan bahu di dinding sambil turun. Jika saya turun tangga dengan bebas, berkemungkinan besar saya akan terlepas satu dua anak tangga dan jatuh. Lebih menggeramkan, saya sering tersepak kaki bangku atau kaki meja di dalam rumah. Ia sangat menyakitkan, terasa mahu menyumpah seranah. Sesekali terlepas juga!

Kemalangan demi kemalangan, daripada tersepak kaki meja, tertumpah air, dan senduk terpelanting, bak kata orang Putih, saya ini  like a bull in a china shop! Habis semua dilanggar.

Musim sejuk yang lalu, saya telah jatuh tidak kurang daripada 20 kali. Beberapa kali juga, saya terjatuh semasa pulang dari kedai dan habis telur ayam yang dibeli pecah berderai. Sedih sungguh. Remuk hati, sambil tangan mengusap punggung yang sakit akibat terhentak. Antara kemalangan paling menyedihkan saya ialah semasa bercuti bersama keluarga di Helsinki. Kejadian berlaku di Stesyen Keretapi Central Helsinki. Saya begitu berhati-hati semasa menaiki anak tangga di tingkat bawah stesyen. Sebaik sahaja selesai melepasi dua atau tiga anak tangga, saya tersalah langkah dan jatuh tertiarap dengan muka terhempas penuh di lantai!

Allahu Akbar, sakitnya! Dan malu!

Anak perempuan saya terus marahkan kulit limau yang kebetulan ada di situ. Katanya dia mahu mengalihkan perhatian orang ramai daripada melihat bapanya.

Saya sudah berusia 40 tahun dan masih tunggang langgang dengan cabaran harian ini.

POSTURAL SWAY

For years, I’ve also heard reports about “clumsiness,” from both adults with ADHD and their partners. It results not only in bumps and bruises but in broken treasured objects. Was there a connection between clumsiness and ADHD?  Turns out, yes, there is. Some new research is particularly interesting.

posturalsway

Rizal
Oulu, FI

ADHD, SRL dan Executive Function

Selepas dikemukakan diagnosis ADHD jenis inattentive, barulah saya dapat memahami hujung pangkal masalah yang saya hadapi selama ini. Pengetahuan itu tidak menyembuhkan. Tetapi ia membantu memperkenalkan kata-kata kunci yang penting untuk saya menambah kefahaman. Pembelajaran di dalam bidang learning sciences di Oulu ini juga menjadikan saya lebih biasa dengan perbahasan mengenai self-regulation di dalam pembelajaran dan masalah executive function. Apa yang akan saya kenang ialah, subjek Self-Regulated Learning (SRL) itulah yang telah ‘memusnahkan’ semua kekuatan saya untuk belajar hingga memaksa yang mendapatkan pertolongan klinikal.

Banyak yang saya pelajari di dalam SRL neurotipikal itu seperti tidak kena dengan pengalaman peribadi. Saya menjadi sangat skeptis di dalam kelas dan berperang antara teori, pengalaman peribadi dan suara-suara negatif yang memaksa saya menerima bahawa yang salah adalah diri saya sendiri.

 

Rupa-rupanya memang ADHD adalah masalah defisit di dalam SRL itu sendiri. Sebagai murid yang gagal (masih belum lulus subjek tersebut), saya telah mengusulkan jurnal-jurnal berkaitan SRL di dalam ADHD diambil kira dalam penambah baikan modul SRL bagi pelajar akan datang.

Rizal
Oulu FI

Bukan Rakan Kerja Yang Menyeronokkan

Saya bukanlah rakan kerja anda yang menyeronokkan. Terutamanya jika saya adalah bos anda.

Di dalam Inattentive type – enam (atau lima bagi mereka yang berusia melebihi 17 tahun) daripada simptom-simptom berikut kerap ditemui:

  1. Tidak memberi tumpuan kepada perincian atau melakukan kesilapan akibat kecuaian di dalam pembelajaran di sekolah atau kerja-kerja yang ditugaskan.
  2. Mempunyai masalah untuk fokus kepada tugasan atau aktiviti, terutamanya semasa ceramah atau syarahan, perbualan dan pembacaan yang panjang.
  3. Seperti tidak mendengar apabila seseorang berkomunikasi dengannya. (seolah-olah berada di tempat lain)
  4. Tidak mematuhi siri peraturan atau arahan yang disediakan, dan tidak menyiapkan tugasan sekolah, kerja di rumah atau pejabat (memulakan sesuatu pekerjaan kemudian segera kehilangan fokus).
  5. Berhadapan dengan masalah untuk mengatur tugas dan kerja (misalnya lemah menguruskan masa, serabut, kerja tunggang langgang, melanggar deadlines).
  6. Mengelak atau tidak suka kepada tugasan yang memerlukan usaha mental yang intensif dan memakan masa, seperti menyediakan laporan bertulis dan mengisi borang.
  7. Sering kehilangan barang keperluan semasa melakukan tugasan harian seperti dokumen sekolah, buku, kunci, dompet, telefo bimbit dan cermin mata.
  8. Mudah terganggu.
  9. Lupa kepada tugasan harian, seperti kerja-kerja mengemas rumah, ke kedai membeli baranga runcit. Jika anak remaja atau dewasa, mungkin lupa untuk membuat panggilan balas telefon, membayar bil dan memenuhi temujanji.

Siapa yang sanggup hidup dengan orang yang seperti ini?

APA_What_Is_ADHD

 

 

 

Rizal
Oulu, FI

Tiada Kumpulan Sokongan

Berita ini mengesahkan bahawa tiada kumpulan sokongan kepada ADHD di Oulu yang menjalankan aktiviti di dalam bahasa Inggeris. Kumpulan sokongan adalah motivasi luar yang sangat penting apabila adanya mereka yang memahami, mendengar dengan empati, tidak menghukum dan lazimnya bersungguh mahu membantu, walaupun sekadar kata-kata galakan yang ringkas tetapi bermakna.

Di dalam artikel “What to Look for in Quality Online Support Groups”, John M. Grohol berkongsi beberapa tip untuk menimbang tara kumpulan sokongan atas talian. Beliau menyebut:

“In good online support groups, member stick around long after they’ve received the support they were seeking. They stay because they want to give others what they themselves found in the group. Psychologists call this high group cohesion, and it is the pinnacle of group achievement.”

“Di dalam kumpulan-kumpulan sokongan atas talian yang bagus, anggota akan terus berada di dalamya lama selepas mereka memperolehi sokongan yang dicari. Mereka masih kekal berada di situ sebab mereka mahu memberi kepada orang lain apa yang mereka sendiri temui di dalam kumpulan berkenaan. Para ahli psikologi memanggilnya sebagai ‘high group cohesian’ (kesatuan kumpulan aras tinggi’, dan ia adalah kemuncak tertinggi pencapaian berkumpulan.”

Saya tidak berkapasiti untuk menggerakkan inisiatif mewujudkan kumpulan sokongan di Oulu. Saya akan cari kumpulan sokongan atas talian, Insya-Allah.

Rizal
Oulu, FI

Menarik Minat

Macam mana boleh ingat nama-nama dan pelbagai tarikh dari masa silam? Malah tarikh lahir dan tarikh meninggal dunia begitu ramai manusia, pun boleh ingat?

Tetapi temujanji, tarikh pembayaran bil, tak ingat pula?

Mujurlah tarikh ulangtahun perkahwinan dan hari lahir anak beranak sekeluarga saya tidak lupa.

Susah untuk sesiapa percaya saya seorang pelupa. Masakan pelupa boleh menghafal fakta-fakta sejarah itu. Saya pun tidak tahu kenapa. Apa penjelasannya? Kenapa begitu?

Sehinggalah saya belajar tentang memori dan pembelajaran. Working memory, short term memory, sensory, long term memory.

Jika ia menarik, relevan, mengundang minat dan saya menjadi hiperfokus.

Tetapi bil-bil dan temujanji kebanyakannya tidak menarik. Walaupun penting. Dan mengingatkan saya tentang kepentingan tarikh-tarikh tersebut, seperti tidak cukup untuk membina prioriti dan fokus. Saya perlu membina minat.

Oh, ini susah.

Bukan semua benda yang kita perlu buat, adalah sesuatu yang menarik minat dan perhatian.

Moga Allah kuatkan keazaman saya, melakukan perkara-perkara yang saya perlu buat, walaupun saya tidak minat.

Bismillah.

Rizal
Oulu, FI

Malam Itu

Tidak ada sesiapa yang memilih untuk gagal berulang kali. Apatah lagi kegagalan itu adalah di dalam sesuatu yang kita sangat berbakat dan berkelebihan. Saya tahu ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi saya tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkannya. Apa yang hadir ke dalam diri hanyalah sedikit demi sedikit kepercayaan bahawa saya pemalas, tidak berdisiplin, tidak fokus, lemah motivasi, pandai cakap tetapi tidak pandai buat kerja.

Ramai yang berminat untuk bekerja dengan saya, selepas mengenali saya melalui tulisan dan pergaulan. Tetapi pengalaman bekerja dengan saya mengundang kecewa. Urusniaga syarikat tunggang langgang. Berulang kali saya memberitahu, saya boleh berceramah, tetapi saya tidak boleh mengepalai organisasi. Urus tadbir saya lemah.

Lihat sahajalah kepada cara saya mengurus pembelajaran.

8 tahun proses menghabiskan pembelajaran peringkat sarjana muda.

Semua subjek sarjana sejarah dan ketamadunan saya mendapat CGPA 4.0

Dean list.

Anugerah demi anugerah untuk kerja-kerja kecil.

Kemudian tumpas di peringkat penulisan tesis.

Ya, pemalas.

Tidak fokus.

Buat kerja hangat-hangat tahi ayam.

Lama-lama, saya mula percaya bahawa semua itu adalah saya.

Saya yang semakin membenci diri sendiri.

Sehinggalah malam itu apabila saya sudah kebingungan jam 2 pagi. Bunyi angin kutub utara menderu di luar rumah sangat mengganggu tumpuan. Bunyi air panas yang mengalir di dalam paip terlalu menyakitkan. Assignments bertimbun-timbun.

Saya membayangkan saya mati diserang sakit jantung.

Tamat sebuah penderitaan.

Malam itu saya tahu saya perlukan bantuan.

Rizal
OULU, FI

#sensoryprocessingdisorder #spd #anxious #hypersensitive #adhd #adultadhd