Menarik Minat

Macam mana boleh ingat nama-nama dan pelbagai tarikh dari masa silam? Malah tarikh lahir dan tarikh meninggal dunia begitu ramai manusia, pun boleh ingat? Tetapi temujanji, tarikh pembayaran bil, tak ingat pula? Mujurlah tarikh ulangtahun perkahwinan dan hari lahir anak beranak sekeluarga saya tidak lupa. Susah untuk sesiapa percaya saya seorang pelupa. Masakan pelupa boleh menghafal fakta-fakta sejarah itu. Saya pun tidak tahu kenapa. Apa penjelasannya? Kenapa begitu? Sehinggalah saya belajar tentang memori dan pembelajaran. Working memory, short term memory, sensory, long term memory. Jika ia menarik, relevan, mengundang minat dan saya menjadi hiperfokus. Tetapi bil-bil dan temujanji kebanyakannya tidak menarik. …

Continue Reading

Malam Itu

Tidak ada sesiapa yang memilih untuk gagal berulang kali. Apatah lagi kegagalan itu adalah di dalam sesuatu yang kita sangat berbakat dan berkelebihan. Saya tahu ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi saya tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkannya. Apa yang hadir ke dalam diri hanyalah sedikit demi sedikit kepercayaan bahawa saya pemalas, tidak berdisiplin, tidak fokus, lemah motivasi, pandai cakap tetapi tidak pandai buat kerja. Ramai yang berminat untuk bekerja dengan saya, selepas mengenali saya melalui tulisan dan pergaulan. Tetapi pengalaman bekerja dengan saya mengundang kecewa. Urusniaga syarikat tunggang langgang. Berulang kali saya memberitahu, saya boleh berceramah, tetapi saya tidak boleh …

Continue Reading