Kedamaian Yang Hilang

Saya sangat suka dengan waktu malam selepas jam 10. Selepas anak-anak tidur, televisyen ditutup, tiada yang menjerit-jerit dan bercakaran. Hanya sepi, senyap, dan damai, yang membolehkan saya mendengar suara di kepala sendiri. Pelbagai percakapan yang tidak pernah berhenti, dari satu topik ke satu topik. Sepanjang hari selalunya dahi saya berkerut menahan ‘kesakitan’ gangguan suara, jeritan, notifications, juga flash daripada skrin yang sangat menjejaskan kedamaian. Dan kedamaian itu berakhir untuk hari ini apabila anak-anak bangun pagi di hari Sabtu dan memulakan aktiviti mereka. Saya harap ini tidak menjadikan saya seorang bapa yang tidak baik. Saya cuma mahu memberitahu bahawa saya sangat tertekan dengan pelbagai stimulasi yang rasanya saya …

Continue Reading

PhD oh PhD…

Hari ini topik PhD timbul lagi. Isteri saya masih meletakkan harapan saya menyambung pengajian hingga ke peringkat PhD. Sayang, katanya. Sayang kerana saya ada banyak benda yang boleh disumbangkan. Sumbangan saya pula perlu boleh dipetik (cited), untuk rujukan-rujukan lanjut. Kata isteri saya, beliau tidak pernah jumpa orang yang pandai ilmu sejarah macam saya, dan boleh membuat analisis dengan begitu baik. Termasuk kemahiran menyampaikannya kepada khalayak. Tanpa PhD, saya tidak ke mana. Saya mengambil pujian itu sebagai kebaikan. Juga tanda kasih isteri kepada saya. Namun… Siapakah yang mahu percaya kepada masalah saya di dalam penulisan thesis? Tahun 2018, saya berusia 43 …

Continue Reading

Terhempas di Lantai, Lagi!

Saya selalu cakap kepada famili yang stamina keluarga kami untuk bag packing hanya seminggu. Selepas seminggu, dia boleh jadi lain macam sedikit. Semalam dan hari ini saya mula rasa fokus terganggu sedikit, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa. Cuma jadi agak clumsy dengan makanan asyik nak tumpah ke baju. Tetapi secara sedar, saya gembira sebab walaupun beberapa kali hampir terjatuh semasa di London, saya berjaya melangkah dengan awesome. Namun hari ini rekod itu pecah. Nasib baik telefon tak pecah. Semasa melawat Jabatan Geografi anak saudara kami, saya terjatuh semasa turun tiga atau empat anak tangga sampai habis bertabur cermin mata, iPhone dan …

Continue Reading

Bercakap Seorang Diri

“Eh, telefon itu skrinnya asyik menyala. Mesti ada butang yang tertekan. Kena padamkan selepas ini” Boleh pula terlintas di fikiran saya semasa solat. Ternampak telefon anak menyala di bawah sofa. Terfikir selepas beri salam mahu switch off telefon berkenaan. Astaghfirullah. Tengah solat ni. Sila kembali khusyuk! Selepas beri salam dan bercakap dengan Tuhan (berdoa), saya mahu bentang tilam untuk melelapkan mata. Jam pun sudah pukul 11:30. Selepas bentang lapisan tilam pertama, eh… cawan siapa pula ni? Letak depan tv. Nanti kering susah nak basuh. Kalau dibiarkan lama lagi, nak menonton tv pun terganggu sebab dihalang oleh cawan ini! Tangan sudah memegang cawan berkenaan. Nanti! …

Continue Reading

Kenapa Pasukan Kami ‘Awesome’?

  Demola Oulu Autumn 2017 Final Pitching from Hasrizal Abdul Jamil on Vimeo. Salah satu faktor yang membolehkan pasukan kami berfungsi dengan cemerlang ialah kami semua terbuka untuk berbincang apa yang kami kuat dan apa yang kami lemah. Saya tidak memberitahu masalah yang saya hadapi sehinggalah ke hujung proses. Sebabnya, kami kebingungan bagaimana hendak bentangkan dapatan kami yang sangat rumit lagi kecamuk. Bagaimana hendak hubungkan murid, guru, NGO, masyarakat, syarikat, kerajaan dalam satu atau dua slide tanpa mensesiakan dapatan penting kami. Selepas saya usulkan slide pembentangan yang saya buat, mereka tanya, “how did you do it?” Maka baru saya jelaskan. …

Continue Reading

PhD Selepas Ini?

Jika saya berjaya menamatkan pengajian sarjana kali ini di Finland, adakah saya akan menyambung ke peringkat doktor falsafah (PhD)? Berkemungkinan besar jawapannya, TIDAK. Saya sudah tidak mampu menanggung tekanan deadlines pada usia ini. Dan ia membantutkan saya daripada melakukan apa yang saya lebih berbakat dan berupaya. Jawapan kenapa saya tidak akan memilih PhD, adalah ADHD. Seperti kata Profesor Russell Barkley, ADHD adalah kondisi yang paling teruk untuk pengurusan masa. Menulis tesis sangat demanding. Melainkan dunia bermurah hati menawarkan satu program PhD inovatif yang berasaskan projek. Saya mempunyai banyak idea, kemampuan analisis, berfikir secara kreatif terhadap solusi, boleh membangunkan sebuah institusi …

Continue Reading

Kalut Postural Sway

Saya memang maklum di dalam keluarga sebagai seorang yang kalut. Setiap kali makan, saya perlu sangat berhati-hati agar tiada makanan atau minuman yang tumpah terkena baju. Selalunya, saya gagal. Apabila menggunakan tangga, terutamanya semasa turun, saya perlu berpegang kepada sesuatu. Sama ada memegang palang tangga, atau menggeselkan bahu di dinding sambil turun. Jika saya turun tangga dengan bebas, berkemungkinan besar saya akan terlepas satu dua anak tangga dan jatuh. Lebih menggeramkan, saya sering tersepak kaki bangku atau kaki meja di dalam rumah. Ia sangat menyakitkan, terasa mahu menyumpah seranah. Sesekali terlepas juga! Kemalangan demi kemalangan, daripada tersepak kaki meja, tertumpah air, dan senduk terpelanting, bak kata orang Putih, …

Continue Reading

ADHD, SRL dan Executive Function

Selepas dikemukakan diagnosis ADHD jenis inattentive, barulah saya dapat memahami hujung pangkal masalah yang saya hadapi selama ini. Pengetahuan itu tidak menyembuhkan. Tetapi ia membantu memperkenalkan kata-kata kunci yang penting untuk saya menambah kefahaman. Pembelajaran di dalam bidang learning sciences di Oulu ini juga menjadikan saya lebih biasa dengan perbahasan mengenai self-regulation di dalam pembelajaran dan masalah executive function. Apa yang akan saya kenang ialah, subjek Self-Regulated Learning (SRL) itulah yang telah ‘memusnahkan’ semua kekuatan saya untuk belajar hingga memaksa yang mendapatkan pertolongan klinikal. Banyak yang saya pelajari di dalam SRL neurotipikal itu seperti tidak kena dengan pengalaman peribadi. Saya menjadi sangat skeptis di …

Continue Reading

Bukan Rakan Kerja Yang Menyeronokkan

Saya bukanlah rakan kerja anda yang menyeronokkan. Terutamanya jika saya adalah bos anda. Di dalam Inattentive type – enam (atau lima bagi mereka yang berusia melebihi 17 tahun) daripada simptom-simptom berikut kerap ditemui: Tidak memberi tumpuan kepada perincian atau melakukan kesilapan akibat kecuaian di dalam pembelajaran di sekolah atau kerja-kerja yang ditugaskan. Mempunyai masalah untuk fokus kepada tugasan atau aktiviti, terutamanya semasa ceramah atau syarahan, perbualan dan pembacaan yang panjang. Seperti tidak mendengar apabila seseorang berkomunikasi dengannya. (seolah-olah berada di tempat lain) Tidak mematuhi siri peraturan atau arahan yang disediakan, dan tidak menyiapkan tugasan sekolah, kerja di rumah atau pejabat (memulakan sesuatu pekerjaan kemudian segera …

Continue Reading

Tiada Kumpulan Sokongan

Berita ini mengesahkan bahawa tiada kumpulan sokongan kepada ADHD di Oulu yang menjalankan aktiviti di dalam bahasa Inggeris. Kumpulan sokongan adalah motivasi luar yang sangat penting apabila adanya mereka yang memahami, mendengar dengan empati, tidak menghukum dan lazimnya bersungguh mahu membantu, walaupun sekadar kata-kata galakan yang ringkas tetapi bermakna. Di dalam artikel “What to Look for in Quality Online Support Groups”, John M. Grohol berkongsi beberapa tip untuk menimbang tara kumpulan sokongan atas talian. Beliau menyebut: “In good online support groups, member stick around long after they’ve received the support they were seeking. They stay because they want to give others what …

Continue Reading