Kalut Postural Sway

Saya memang maklum di dalam keluarga sebagai seorang yang kalut. Setiap kali makan, saya perlu sangat berhati-hati agar tiada makanan atau minuman yang tumpah terkena baju. Selalunya, saya gagal. Apabila menggunakan tangga, terutamanya semasa turun, saya perlu berpegang kepada sesuatu. Sama ada memegang palang tangga, atau menggeselkan bahu di dinding sambil turun. Jika saya turun tangga dengan bebas, berkemungkinan besar saya akan terlepas satu dua anak tangga dan jatuh. Lebih menggeramkan, saya sering tersepak kaki bangku atau kaki meja di dalam rumah. Ia sangat menyakitkan, terasa mahu menyumpah seranah. Sesekali terlepas juga! Kemalangan demi kemalangan, daripada tersepak kaki meja, tertumpah air, dan senduk terpelanting, bak kata orang Putih, …

Continue Reading

ADHD, SRL dan Executive Function

Selepas dikemukakan diagnosis ADHD jenis inattentive, barulah saya dapat memahami hujung pangkal masalah yang saya hadapi selama ini. Pengetahuan itu tidak menyembuhkan. Tetapi ia membantu memperkenalkan kata-kata kunci yang penting untuk saya menambah kefahaman. Pembelajaran di dalam bidang learning sciences di Oulu ini juga menjadikan saya lebih biasa dengan perbahasan mengenai self-regulation di dalam pembelajaran dan masalah executive function. Apa yang akan saya kenang ialah, subjek Self-Regulated Learning (SRL) itulah yang telah ‘memusnahkan’ semua kekuatan saya untuk belajar hingga memaksa yang mendapatkan pertolongan klinikal. Banyak yang saya pelajari di dalam SRL neurotipikal itu seperti tidak kena dengan pengalaman peribadi. Saya menjadi sangat skeptis di …

Continue Reading

Bukan Rakan Kerja Yang Menyeronokkan

Saya bukanlah rakan kerja anda yang menyeronokkan. Terutamanya jika saya adalah bos anda. Di dalam Inattentive type – enam (atau lima bagi mereka yang berusia melebihi 17 tahun) daripada simptom-simptom berikut kerap ditemui: Tidak memberi tumpuan kepada perincian atau melakukan kesilapan akibat kecuaian di dalam pembelajaran di sekolah atau kerja-kerja yang ditugaskan. Mempunyai masalah untuk fokus kepada tugasan atau aktiviti, terutamanya semasa ceramah atau syarahan, perbualan dan pembacaan yang panjang. Seperti tidak mendengar apabila seseorang berkomunikasi dengannya. (seolah-olah berada di tempat lain) Tidak mematuhi siri peraturan atau arahan yang disediakan, dan tidak menyiapkan tugasan sekolah, kerja di rumah atau pejabat (memulakan sesuatu pekerjaan kemudian segera …

Continue Reading

Tiada Kumpulan Sokongan

Berita ini mengesahkan bahawa tiada kumpulan sokongan kepada ADHD di Oulu yang menjalankan aktiviti di dalam bahasa Inggeris. Kumpulan sokongan adalah motivasi luar yang sangat penting apabila adanya mereka yang memahami, mendengar dengan empati, tidak menghukum dan lazimnya bersungguh mahu membantu, walaupun sekadar kata-kata galakan yang ringkas tetapi bermakna. Di dalam artikel “What to Look for in Quality Online Support Groups”, John M. Grohol berkongsi beberapa tip untuk menimbang tara kumpulan sokongan atas talian. Beliau menyebut: “In good online support groups, member stick around long after they’ve received the support they were seeking. They stay because they want to give others what …

Continue Reading

Menarik Minat

Macam mana boleh ingat nama-nama dan pelbagai tarikh dari masa silam? Malah tarikh lahir dan tarikh meninggal dunia begitu ramai manusia, pun boleh ingat? Tetapi temujanji, tarikh pembayaran bil, tak ingat pula? Mujurlah tarikh ulangtahun perkahwinan dan hari lahir anak beranak sekeluarga saya tidak lupa. Susah untuk sesiapa percaya saya seorang pelupa. Masakan pelupa boleh menghafal fakta-fakta sejarah itu. Saya pun tidak tahu kenapa. Apa penjelasannya? Kenapa begitu? Sehinggalah saya belajar tentang memori dan pembelajaran. Working memory, short term memory, sensory, long term memory. Jika ia menarik, relevan, mengundang minat dan saya menjadi hiperfokus. Tetapi bil-bil dan temujanji kebanyakannya tidak menarik. …

Continue Reading

Malam Itu

Tidak ada sesiapa yang memilih untuk gagal berulang kali. Apatah lagi kegagalan itu adalah di dalam sesuatu yang kita sangat berbakat dan berkelebihan. Saya tahu ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi saya tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkannya. Apa yang hadir ke dalam diri hanyalah sedikit demi sedikit kepercayaan bahawa saya pemalas, tidak berdisiplin, tidak fokus, lemah motivasi, pandai cakap tetapi tidak pandai buat kerja. Ramai yang berminat untuk bekerja dengan saya, selepas mengenali saya melalui tulisan dan pergaulan. Tetapi pengalaman bekerja dengan saya mengundang kecewa. Urusniaga syarikat tunggang langgang. Berulang kali saya memberitahu, saya boleh berceramah, tetapi saya tidak boleh …

Continue Reading