Menu

Terlupa Rakaat di Dalam Solat

0 Comment

Saya sudah tahu fekahnya bagaimana.

Jika terlupa rakaat, pegang pada yang yakin. Eh, ini rakaat ketiga atau keempat? Yakin yang tiga sudah sempurna, kurang pasti dengan yang keempat. Maka pegang yang tiga. Tambah satu rakaat cukupkan empat.

Kalau zohor, asar dan isyak.

Tetapi bagaimana jika kekeliruan itu berkali-kali di dalam satu solat? Eh ini rakaat pertama ke atau kedua? Kedua ke atau ketiga? Sudah empat atau baru tiga?

Jika saya solat sendirian, saya rasa mungkin saya pernah bertahiyyat sampai empat kali untuk satu solat yang empat rakaat.

Kenapa jadi begini?

Makin menjadi-jadi.

Ia menyedihkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *