Menu

Kedamaian Yang Hilang

0 Comment

Saya sangat suka dengan waktu malam selepas jam 10.

Selepas anak-anak tidur, televisyen ditutup, tiada yang menjerit-jerit dan bercakaran.

Hanya sepi, senyap, dan damai, yang membolehkan saya mendengar suara di kepala sendiri. Pelbagai percakapan yang tidak pernah berhenti, dari satu topik ke satu topik. Sepanjang hari selalunya dahi saya berkerut menahan ‘kesakitan’ gangguan suara, jeritan, notifications, juga flash daripada skrin yang sangat menjejaskan kedamaian.

Dan kedamaian itu berakhir untuk hari ini apabila anak-anak bangun pagi di hari Sabtu dan memulakan aktiviti mereka.

Saya harap ini tidak menjadikan saya seorang bapa yang tidak baik.

Saya cuma mahu memberitahu bahawa saya sangat tertekan dengan pelbagai stimulasi yang rasanya saya semakin hipersensitif terhadap setiap satunya.

Saya perlukan bantuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *