Terhempas di Lantai, Lagi!

Saya selalu cakap kepada famili yang stamina keluarga kami untuk bag packing hanya seminggu. Selepas seminggu, dia boleh jadi lain macam sedikit. Semalam dan hari ini saya mula rasa fokus terganggu sedikit, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa. Cuma jadi agak clumsy dengan makanan asyik nak tumpah ke baju.

Tetapi secara sedar, saya gembira sebab walaupun beberapa kali hampir terjatuh semasa di London, saya berjaya melangkah dengan awesome. Namun hari ini rekod itu pecah. Nasib baik telefon tak pecah.

Semasa melawat Jabatan Geografi anak saudara kami, saya terjatuh semasa turun tiga atau empat anak tangga sampai habis bertabur cermin mata, iPhone dan powerbank dari poket. Mujurlah sekadar terduduk di atas lutut dan tidak sampai terhempas muka macam di Helsinki tempoh hari.

Postural sway ini takut-takut satu hari nanti sampai mematah riuk tulang saya.
 
Belum hilang sakit lutut terhentak, Imad pula seperti biasa tergolek sama. Sampai menangis dia dibuatnya.
 
Aduhai.

Rizal
Durham University,
UK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *