Kenapa Pasukan Kami ‘Awesome’?

 

Demola Oulu Autumn 2017 Final Pitching from Hasrizal Abdul Jamil on Vimeo.

Salah satu faktor yang membolehkan pasukan kami berfungsi dengan cemerlang ialah kami semua terbuka untuk berbincang apa yang kami kuat dan apa yang kami lemah. Saya tidak memberitahu masalah yang saya hadapi sehinggalah ke hujung proses.

Sebabnya, kami kebingungan bagaimana hendak bentangkan dapatan kami yang sangat rumit lagi kecamuk. Bagaimana hendak hubungkan murid, guru, NGO, masyarakat, syarikat, kerajaan dalam satu atau dua slide tanpa mensesiakan dapatan penting kami. Selepas saya usulkan slide pembentangan yang saya buat, mereka tanya, “how did you do it?” Maka baru saya jelaskan.

Sebelum itu saya hanya menjelaskannya dalam bentuk mikro:

  1. Saya perlu mengekalkan proses panjang ini menarik di peringkat peribadi. ‘Penting’ tidak cukup kuat. Ia perlu menarik.
  2. Saya mempunyai pengurusan masa yang sangat lemah dan pengurusan data yang tunggang langgang terutamanya apabila data terlalu banyak dalam bentuk tulisan. Maka platform Basecamp saya mohon izin untuk kami gunakan agar ia berperanan sebagai peringatan dan mempunyai features yang sesuai dengan keperluan saya.
  3. Saya sangat lemah dalam penulisan esei, laporan kerja dan mengisi borang.
  4. Saya biasanya boleh nampak pattern di sebalik lambakan fakta. Maka izinkan saya mengusulkan analisis apabila saya nampak. Orientasi saya banyak berguna dalam analisis kerja kualitatif.
  5. Saya sukar mengerjakan dokumen secara collaborative. Maka menyediakan skrip untuk final pitching seorang sedikit, ia tidak sesuai dengan saya. Izinkan saya membuat kesemuanya A to Z, tetapi jangan terpengaruh sebaliknya feel free untuk kritik, tolak, betulkan atau apa sahaja. Saya baca skrip yang kawan-kawan tulis tetapi saya akan buat slide seorang diri. Lepas siap, sila kritik dengan lapang dada sepenuhnya.
  6. Saya orang yang sangat visual berkaitan idea.
  7. Saya seorang yang kalut (clumsy), talkative semasa mesyuarat dan sering awkward atau menyesal selepas menyebut sesuatu. Maka saya akan kawal diri semasa mesyuarat panjang lebar dengan pelbagai pihak. Jangan bimbang, bahasa Finnish saya sangat basic, saya akan hanya talkative di dalam kepala 😂.
  8. Saya fidgeting. Tidak boleh duduk diam. Kaki sentiasa bergoyang dan tangan tak duduk diam terutamanya semasa berfikir.
  9. Saya tiada masalah untuk bercakap di hadapan tetapi jangan benarkan saya buat one man show. Feel free untuk berduet atau gantikan saya jika ada yang nak cuba pitching.
  10. Saya selalu zoning out apabila hyperfocus. Petik jari untuk panggil saya balik.

Kesemua strategi di atas saya lakukan dengan penuh sedar selama 3 bulan ini dan pasukan kami juga peka dengan kondisi saya. Mereka mengelak membebankan saya dengan apa yang saya lemah, segera memanfaatkan apa yang saya kuat, dan berani kritik pendapat saya tanpa sebarang hard feelings. Dan di dalam diskusi WhatsApp mereka komited untuk tidak membiarkan sebarang komen tanpa reaksi kerana ia boleh menggalakkan automated negative thoughts saya, dan orang lain juga.

Team kami sangat awesome.

Kami tidak menang. Berkemungkinan besar sebab semua panel juri adalah orang bisnes dan projek kami bukan business oriented. Tetapi kami mendapat banyak compliment daripada pelbagai pihak sebagai dapatan paling kukuh, nobel, penting untuk masa hadapan Finland dan presentation paling jelas. Satu-satunya presentation yang disambut dengan sorak sorai macam lepas tengok konsert 😂.

Rizal
Oulu, FI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *