Kalut Postural Sway

Saya memang maklum di dalam keluarga sebagai seorang yang kalut.

Setiap kali makan, saya perlu sangat berhati-hati agar tiada makanan atau minuman yang tumpah terkena baju. Selalunya, saya gagal.

Apabila menggunakan tangga, terutamanya semasa turun, saya perlu berpegang kepada sesuatu. Sama ada memegang palang tangga, atau menggeselkan bahu di dinding sambil turun. Jika saya turun tangga dengan bebas, berkemungkinan besar saya akan terlepas satu dua anak tangga dan jatuh. Lebih menggeramkan, saya sering tersepak kaki bangku atau kaki meja di dalam rumah. Ia sangat menyakitkan, terasa mahu menyumpah seranah. Sesekali terlepas juga!

Kemalangan demi kemalangan, daripada tersepak kaki meja, tertumpah air, dan senduk terpelanting, bak kata orang Putih, saya ini  like a bull in a china shop! Habis semua dilanggar.

Musim sejuk yang lalu, saya telah jatuh tidak kurang daripada 20 kali. Beberapa kali juga, saya terjatuh semasa pulang dari kedai dan habis telur ayam yang dibeli pecah berderai. Sedih sungguh. Remuk hati, sambil tangan mengusap punggung yang sakit akibat terhentak. Antara kemalangan paling menyedihkan saya ialah semasa bercuti bersama keluarga di Helsinki. Kejadian berlaku di Stesyen Keretapi Central Helsinki. Saya begitu berhati-hati semasa menaiki anak tangga di tingkat bawah stesyen. Sebaik sahaja selesai melepasi dua atau tiga anak tangga, saya tersalah langkah dan jatuh tertiarap dengan muka terhempas penuh di lantai!

Allahu Akbar, sakitnya! Dan malu!

Anak perempuan saya terus marahkan kulit limau yang kebetulan ada di situ. Katanya dia mahu mengalihkan perhatian orang ramai daripada melihat bapanya.

Saya sudah berusia 40 tahun dan masih tunggang langgang dengan cabaran harian ini.

POSTURAL SWAY

For years, I’ve also heard reports about “clumsiness,” from both adults with ADHD and their partners. It results not only in bumps and bruises but in broken treasured objects. Was there a connection between clumsiness and ADHD?  Turns out, yes, there is. Some new research is particularly interesting.

posturalsway

Rizal
Oulu, FI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *